About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Selasa, Mac 02, 2010

Merdeka... Merdeka... Merdeka...

Khamis, 18 Februari 2010

Seimbas lalu... beberapa hari sebelum Negara Brunei Darussalam menyambut hari Kebangsaan yang ke 26, murid-murid dari Sekolah Rendah Lubok Pulau telah membuat latihan sebagai persediaan sambutan di sekolah iaitu di Sekolah Rendah Lubok Pulau, Tutong II. Di antara aktiviti yang diadakan ialah, mewarna bendera negara, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan membuat perbarisan beramai...



Mewarna bendera

Cg Norman & Cg Muzhaffar
Berlatih menyanyi lagu patriotik

Khamis, 25 Februari 2010

Sekolah Rendah Lubok Pulau, Tutong II telah menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 tahun. Acara dimulakan dengan perarakan murid-murid dan guru-guru di kawasan berhampiran sekolah sambil mengebarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam. Perarakan yang dijalankan lebih meriah lagi dengan iringan lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan oleh guru-guru dan murid-murid.



Semangat patriotik...


Perarakan sambil berbendera
Cg Ramli & Cg Hj Allani






Selesai perarakan, murid-murid dikumpul di kawasan perbarisan pagi untuk membuat angka 26 sejajar dengan tahun kemerdekaan Brunei Darussalam. Kesemua murid warga Sekolah Rendah Lubok Pulau telah menyertai aktiviti membentuk angka 26 tersebut. Murid-murid turut menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 'Berkibarlah Bendera' , 'Tekad Kemerdekaan' dan sebagainya dengan iringan lagu-lagu yang dihimpun menggunakan ipod. Pembentukkan angka 26 disudahi dengan sorakan ramai 'Merdeka' sebanyak tiga kali.






menyusun murid untuk membentuk angka 26

Acara sambutan Hari Kebangsaan disudahi dengan acara membaca surah Yassin di bilik ibadat. Bacaan Yassin diselajurkan dengan membaca doa tolak bala yang dibacakan oleh Cikgu Ramli Bin Mohd Said. Sekian...





"NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan