About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Jumaat, Mei 14, 2010

Sains prasekolah 2: SEMUT ADA 6 KAKI...

***TENGOK ADA SEMUT... ***


Semasa murid sedang duduk berhalaqah bersama guru untuk mendengar pengajaran baru... tiba-tiba salah seorang murid bersuara "Samut... Samut... Aaaah... lari.. sakit tu kalau gigit...". mendengar suara tersebut, murid-murid lain mula berdiri dan menunjukkan panik masing-masing. Sudah tentu guru terus saja berusaha mengawal kekecohan yang baru saja melanda.


Sebelum guru sempat bertindak untuk membunuh semut hitam tersebut, guru teringat kata-kata pensyarahnya suatu ketika dulu tentang sikap guru-guru yang sering membunuh rasa ingin tahu kanak-kanak. Di mana guru untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pengalaman spontan yang berharga? Kanak-kanak akan belajar dengan berkesan jika mereka diberikan kesempatan untuk peluang untuk mengeksplor secara 'hands-on'. Oleh yang demikian, guru mengambil keputusan untuk menangkap semut tersebut dan menyimpannya ke dalam sebiji botol. Seterusnya guru mengeluarkan beberapa 'magnifying glass' agar murid dapat melihat dengan lebih jelas semut tersebut.


Murid-murid merasa seronok dan amat kagum dengan serangga yang baru mereka tangkap. Seorang murid bersuara "Cikgu... samut ini ada 6 kaki.... badannya ada 3... " semua murid mula berebut untuk melihatnya sambil mengangguk kepala tanda setuju. Daripada pengalaman ini, guru menyedari bahawa memang benar kanak-kanak belajar jika diberikan peluang. dari tidak mengetahui apa-apa tentang semut, mereka mula tahu bahawa semut ada 6 kaki, ada sesungut, ada 3 bahagian badan dan mulut yang kelihatan seperti penyepit. Pengalaman pembelajaran seperti ini memang menyeronokkan murid... oleh itu... Guru-guru perlu ingat, jangan musnahkan perasaan ingin tahu murid tanpa memikirkannya dahulu...


***AKTIVITI MEMBENTUK MAKANAN KEGEMARAN***

setentunya perkembangan sosial berlaku dalam aktiviti ini...


ini makanan kegemaran saya...

kek, burger, chips...

pisang, kek hari jadi, nasi...

mari masak makanan kegemaran kita...

masing-masing membuat makanan yang berlainan...


plastisin pelbagai warna disediakan oleh guru untuk murid

berkongsi bahan... tiada masalah...

beberapa permainan makanan disediakan untuk dijadikan contoh...



***KENALI KELUARGA SAYA***

murid-murid memegang gambar ahli keluarga masing-masing...

ini ibu... ini bapa saya... ini abang saya...

mendengar dengan penuh minat...

bangga dengan gambar nenek...

walaupun belum begitu yakin untuk berinteraksi di hadapan rakan... murid tetap mahu mencuba untuk bercerita...

Sains prasekolah 1: Saya Boleh Rasa...

Rasa...rasa... Mari rasa...

Manis? Masin? Pedas? Masam?

Bagaimana murid tahu rasa manis, masin, pedas dan masam jika ditanya menggunakan gambar? Mereka tidak akan dapat tahu apa yang dimaksudkan jika guru tidak memberikan pendedahan yang betul. Sebenarnya mudah saja... Let them explore simple experiment... biarkan mereka merasa...

meramal apa yang bakal dirasa... muazzam cuba menghidu bau gula...

memadankan rasa makanan dengan label yang disediakan

semua berpeluang untuk merasa...

masamnye...

pedas lah... tak sedap...

bergilir merasa garam
suka apa yang dirasanya...

bau pun pedas lah...


selepas aktiviti merasa, murid memadankan makanan dengan perkataan...

berbincang sesama rakan... mengingat semula pengalaman merasa tadi untuk aktiviti memadan

semua berpeluang untuk memadan sekurang-kurangnya sejenis makanan yang sudah mereka rasa

saya suka rasa pisang... manis...

di antara makanan yang dibawa oleh guru untuk aktiviti merasa

masam-masam manis

madu asli... manis tapi baunya tak sedap lah...

yuk... wasabi...

masamnya... esen lemon...

em... masin tapi sedap lah cikgu...