About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Jumaat, Mac 05, 2010

Sekitar Pertandingan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II

Rabu, 3 Mac 2010

Sekolah Rendah Lubok Pulau selaku Tuan rumah bagi pertandingan bola jaring di antara sekolah-sekolah rendah kerajaan, Tutong II. Acara dilangsungkan di padang bola Sekolah Rendah Muda Hasim, Tutong I. Sejumlah 14 buah pasukan yang terdiri dari sekolah-sekolah rendah bahagian Tutong II telah menyertai pertandingan ini. Hanya empat pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu Sekolah Rendah Rambai, Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Sekolah Rendah Benutan dan Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging, Ukong.


SRLP vs SR Benutan

Tekun memerhatikan teman sepasukan bermain di gelanggang.

Guru besar Sekolah Rendah Lubok Pulau turut memberikan kata-kata semangat kepada pasukan sekolah SRLP


Berehat selepas bertanding

MILO turut ditaja untuk kesemua murid dan guru


Bersungguh-sungguh...


Ramai guru-guru yang sanggup turun padang demi memberikan sokongan padu kepada pasukan sekolah mereka.

Pencatat masa dan markah dari sekolah SRLP


Mencatat keputusan perlawanan


Ahli jawatankuasa pertandingan bola jaring yang terdiri daripada guru-guru SRLP: Cg Pergi, Cg Hj Allani, Cg Acheh dan Cg Ramli

Mendengar penjelasan sebelum bertanding.

Cg Najwa mencatat senarai pasukan bola jaring

berdebar... memilih pasukan yang memulakan pertandingan menggunakan syiling


Walaupun 10 pasukan yang lain tidak berjaya menembusi peringkat saringan, namun jelas sekali kesemua pemain-pemain cilik ini menunjukan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh demi menyahut cabaran pasukan lain. Apapun, kekalahan hari ini tidak bermaksud kekalahan yang kekal. Insya Allah, kekurangan dan kesilapan tahun ini akan menjadi pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk terus bangkit di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan