About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Rabu, Februari 10, 2010

Aktiviti memasak bersama prasekolah


Tema Makanan dan Minuman 2009:

Membaca resepi bersama
Mengayak tepung
Bersedia untuk aktiviti memasak
Zulazmey, Mashaidah & Nizamuddin

Untuk menyeronokkan lagi aktiviti pembelajaran prasekolah, Cg Susie telah menjalankan satu aktiviti memasak bersama murid. Resepi yang dipilih ialah brownies coklat. Di dalam aktiviti ini kanak-kanak bukan sahaja seronok malah mereka telah melakukan ekplorasi sains secara tidak langsung seperti;
  1. menyaksikan mentega cair
  2. mengayak tepung
  3. mencampur tepung
  4. melihat proses kek menjadi kembang
  5. kaya dengan aktiviti menggunakan deria: rasa, hidu, sentuh
ingin tahu... murid-murid merasa bahan masakan


memasukkan telur ke dalam mentega cair
memasukan gula ke dalam mesin
menyaksikan proses pencairan mentega oleh suhu panas (oven)
memutar telur bergilir...
setiap murid berpeluang memecahkan telur
aktiviti menyukat bahan-bahan brownies (coklat)
menyentuh brownies yang sudah masah (perubahan tekstur)
melihat perubahan brownies yang mula mengembang

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis alatan yang digunakan sepanjang aktiviti memasak. Selesai memasak, kanak-kanak dibawa membersihkan bilik darjah sebelum merasa brownies yang mereka masak bersama.


membersihkan meja
mengemas alatan yang sudah digunakan


membungkus dan menulis nama untuk brownies masing-masing


Brownies siap untuk dikongsikan bersama Mr Robert (EPPS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan