About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Rabu, Februari 10, 2010



Cikgu Rosimah Binti Haji Mohamad
Pengerusi majlis, Guru Besar sekolah Rendah Lubok Pulau Tutong II


Sabtu, 6 Februari 2010


Sekolah Rendah Lubok Pulau buat pertama kalinya menjalankan kongsisama mengenai Program Membudayakan Minat Membaca bersama ketua pengawas perpustakaan dari sekolah-sekolah di daerah Tutong II. Tujuan kongsisama ini adalah untuk memperkasa peranan perpustakaan sekolah-sekolah rendah kerajaan.




































Di antara tajuk-tajuk yang dikongsikan pada perjumpaan tersebut adalah mengenai;
  1. Mengapa membaca itu penting?
  2. Tujuan perpustakaan
  3. Fungsi perpustakaan
  4. Dasar literasi sekolah rendah
  5. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan perpustakaan di sekolah
  6. Contoh-contoh sudut
  7. Penglibatan ibubapa
  8. Contoh aktiviti-aktiviti murid

Di antara guru-guru yang hadir

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pemangku Penolong Pengarah Daerah Tutong, Cikgu Kani Bin Abdullah. Pengerusi majlis iaitu Guru Besar Sekolah Rendah Lubok Pulau, Cikgu Rosimah Binti Haji Mohamad turut memberikan sepatah dua kata sebelum penyampaian dimulakan oleh Ketua Pengawas perpustakaan SRLP, Cikgu Asmah Binti Abdul Hadi. Penyampaian diteruskan oleh Cikgu Hajah Norsusilawati Binti Haji Mohd Tahir. Selain itu juga, guru-guru yang hadir dibawa berbincang dan berkongsi pengalaman mengenai pengurusan bilik perpustakaan sekolah. Majlis ditutup dengan bacaan surah oleh Cikgu Norman Suzri Bin Haji Bakri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan