About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Rabu, Februari 10, 2010

Aktiviti memasak bersama prasekolah


Tema Makanan dan Minuman 2009:

Membaca resepi bersama
Mengayak tepung
Bersedia untuk aktiviti memasak
Zulazmey, Mashaidah & Nizamuddin

Untuk menyeronokkan lagi aktiviti pembelajaran prasekolah, Cg Susie telah menjalankan satu aktiviti memasak bersama murid. Resepi yang dipilih ialah brownies coklat. Di dalam aktiviti ini kanak-kanak bukan sahaja seronok malah mereka telah melakukan ekplorasi sains secara tidak langsung seperti;
  1. menyaksikan mentega cair
  2. mengayak tepung
  3. mencampur tepung
  4. melihat proses kek menjadi kembang
  5. kaya dengan aktiviti menggunakan deria: rasa, hidu, sentuh
ingin tahu... murid-murid merasa bahan masakan


memasukkan telur ke dalam mentega cair
memasukan gula ke dalam mesin
menyaksikan proses pencairan mentega oleh suhu panas (oven)
memutar telur bergilir...
setiap murid berpeluang memecahkan telur
aktiviti menyukat bahan-bahan brownies (coklat)
menyentuh brownies yang sudah masah (perubahan tekstur)
melihat perubahan brownies yang mula mengembang

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis alatan yang digunakan sepanjang aktiviti memasak. Selesai memasak, kanak-kanak dibawa membersihkan bilik darjah sebelum merasa brownies yang mereka masak bersama.


membersihkan meja
mengemas alatan yang sudah digunakan


membungkus dan menulis nama untuk brownies masing-masing


Brownies siap untuk dikongsikan bersama Mr Robert (EPPS)

Memperkasa Peranan Perpustakaan


Januari yang lalu....

Kesemua warga sekolah Rendah Lubok Pulau Tutong II, telah menjalankan projek membisaikan perpustakaan sekaligus menjagi pengerusi kongsisama guru-guru atau ketua pengawas perpustakaan sekolah-sekolah Tutong II.

Langkah pertama projek dalam usaha membisaikan perpustakaan sekolah ialah mengubah kedudukan perabot yang ada di dalam bilik perpustakaan. Beberapa sudut telah diadakan seperti sudut bercerita, koleksi Brunei, media, pandai (intervensi), sudut santai.

Sudut santai
Kaunter peminjaman
big book corner
sudut rujukan guru
cyber corner
sudut koleksi Brunei
ruang informasi
di antara peraturan yang ada di perpustakaan sekolah

bakul pemulangan buku yang dipinjam
pintu masuk ke bilik perpustakaan
pentas bercerita
sudut pandai (intervensi)
sudut media


Langkah kedua, sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, pihak sekolah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama murid dari peringkat prasekolah hinggalah tahun 6.

Murid-murid prasekolah menonton VCD bacalah anakku
aktiviti sebelum perbarisan pagi: membaca buku sementara menunggu loceng


Avtiviti 'Bulan Bahasa', berkongsi informasi/buku cerita bersama rakan


intervensi di sudut pandai

Murid-murid tahun 1 berkongsi cerita bertema... pekerjaan...

Murid-murid tahun 2, membaca buku besar di 'Big Book Corner'

Murid tahun 3, mengarang cerita baru selepas membaca buku cerita

murid-murid Tahun 5 mencari perkataan yang susah, kemudian mencari maknanya di perpustakaan menggunakan kamus

Murid-murid tahun 4 berlakon watak binatang seperti watak yang ada di dalam buku cerita

Murid-murid tahun 6 bercerita kepada rakan-rakan sekolah mereka

Sejajar dengan projek ini juga, taklimat mengenai peraturan perpustakaan turut disampaikan kepada semua murid. taklimat tersebut disampaika oleh Ketua Pengawas Perpustakaan SRLP, Cikgu Asmah Binti Abdul Hadi.


Menunjukkan peraturan kepada murid-murid
Cg Asmah & Cg Acheh
Cg Muzaffar & Cg Ramli