About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Selasa, Januari 05, 2010

Kemasukkan Murid-Murid Baru dan Taklimat Ibubapa Murid Prasekolah 2010











Isnin, 4 Januari 2010, Sekolah Rendah Lubok Pulau telah menerima kemasukkan murid-murid prasekolah 2010. Seramai 10 murid berumur 5 hingga 6 tahun telah mendaftar pada hari pertama persekolahan. Pada hari yang sama, pihak sekolah telah mengadakan satu taklimat mengenai sekolah untuk ibubapa murid prasekolah terebut. Guru Besar SRLP, Cikgu Rosimah Binti Haji Mohamad memulakan taklimat dengan kata-kata aluan dan disambung dengan penyampaian taklimat oleh guru prasekolah, Cikgu Hajah Norsusilawati Binti Haji Mohd Tahir. Taklimat tersebut diteruskan dengan sesi soal jawab di antara guru prasekolah dengan ibu bapa dan penjaga murid. Selain taklimat, pemberian buku-buku latihan juga diberikan kepada setiap murid. Selesai sesi taklimat, ibu bapa beredar dan sesi oreintasi dimulakan dengan murid-murid prasekolah. Pelbagai aktiviti telah djalankan dan dirancang sepanjang oreintasi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan