About me

Foto saya
Tutong, Brunei Darussalam, Brunei
Terletak di Kampung Lubok Pulau, Jalan Kecil Bukit Sibut Mukim Kampong Tanjong Maya, Tutong

Selasa, Januari 05, 2010

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk minggu suaikenal murid-murid prasekolah 2010


























Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari pertama persekolahan bagi murid-murid prasekolah tahun ini. Aktiviti melukis bebas dilakukan untuk melihat setakat mana murid ini boleh memegang dan menggunakan pensel atau pensel warna. begitu juga dengan aktitivi menyambung titik ke titik dan mewarna. Memandangankan mereka belum kenal di antara satu dengan yang lain, guru prasekolah membawa murid duduk berhalaqah dan mengenalkan dirinya dan seterusnya mengenalkan murid seorang demi seorang. Bagaimanapun cara ini belum cukup membuat murid-murid mahu bertegur sapa sesama mereka...

Aktiviti seterusnya, guru membawa murid mendengar cerita 'Sang merpati dengan Semut yang pintar'. Ativiti ini telah membuatkan beberapa orang murid mahu memulakan bicara terutama dalam memberikan respons kepada guru semasa guru menyoal.

Aktiviti menyanyi sambil bermain xylophone oleh guru juga membuatkan beberapa orang murid rileks dan gembira. sesetengahnya sudah mula ikut menyanyi walaupun sebutan mereka kebanyakkannya kurang tepat.

Waktu rehat membuatkan murid semangat... dua murid yang pada awalnya menangis kerana berpisah dari kakak dan abang kini kembali ceria. Keceriaan bertukar sedih apabila waktu rehat selesai... Bagaimanapun, mereka tidak menangis lagi.


Untuk membuatkan murid-murid ii saling berinteraksi sesama mereka, gurutelah memecah kumpulan murid menjadi berpasangan. Guru memberikan sejenis permainan untuk setiap pasangan seperti permainan Lego, Puzzles, Wood blocks dan sebagainya. kali ini guru berjaya membuatkan murid-murid berinteraksi dengan rakan mereka.

Guru juga sering menyebut nama murid dengan tujuan agar mereka terbiasa dengan nama sebenar mereka. ini disebabkan, guru terperasan lebih separuh daripada bilangan murid yang ada tidak kenal nama sebenar mereka dan hanya memberi respons jika dipanggil dengan nama panggilan.

Pada hari kedua, nampak perubahan sikap murid. hampir kesemua murid lebih bersedia dan gembira hadir ke sekolah. Sebagai guru saya terasa dan nampak keinginan mereka untuk berkawan sesama mereka tetapi belum berani bertegur sapa. ini berkemungkinan disebabkan mereka masih belum begitu kenal dengan rakan mereka. Untuk ini, guru membawa murid berhalaqah dan mengenalkan nama seperti kelmarin.

Untuk membangkitkan mood murid, guru membawa murid menyanyi lagu kelmarin. Tanpa disangka, hampir kesemua murid ikut menyanyi dengan suara yang nyaring berbanding hari pertama.

Setelah itu, guru memberi peluang kepada murid untuk bermain puppet tangan. Tujuan guru ialah untuk memberikan keseronokkan sekaligur mendorong murid untuk berinteraksi lagi...

Perubahan sikap murid ketara semakin baik. Guru menggunakan kesempatan ini untuk membawa murid melawat bangunan sekolah sambil menerangkan beberapa peraturan ringkas kepada mereka.

Waktu rehat berjalan dengan lancar. Guru nampak murid semakin mesra dan tidak takut berinteraksi sesama mereka. Mereka mula memanggil nama guru dan nama rakan mereka apabila mereka hendak memulakan interaksi. Selepas rehat, aktivit bermain secara berpasangan dilakukan lagi kerana ini merupakan kesukaan mereka. kali ini, pasangan murid diubah supaya murid berpeluang untuk berkawan dengan rakan yang lain.

Sebelum pulang, guru membawa murid membuat kraftangan mudah iaitu membuat rama-rama menggunakan penyepit kayu dan kertas crepe pelbagai warna. Aktiviti ini sangat menggembirakan hati mereka. Jelas kelihatan wajah mereka yang gembira. rama-rama tersebut mereka bawa pulang dengan penuh kebanggaan... Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan