Bulan jun yang lalu murid-murid prasekolah sangat sibuk dengan aktiviti padat berkaitan dengan tema baru mereka iaitu jenis-jenis kenderaan. Pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan termasuklah projek yang melibatkan murid prasekolah dengan ibubapa mereka di rumah. Di bawah ini akan ditunjukkan beberapa aktiviti murid prasekolah sepanjang 3 minggu. Setiap minggu, guru telah membahagikan tajuk kecil bagi memfokuskan akiviti yang akan dilakakan sepanjang satu minggu.
Aktiviti matematik... pengukuhan nilai nombor 1 hingga 10
proses pembelajaran dimulakan secara konkrit...murid membilang nilai nombor menggunakan model kereta kecil
setelah puas bermain, murid akan mengemas alatan sebelum meneruskan aktiviti berkumpulan iaitu menyusun nilai nombor menggunakan gambar. proses ini dipanggil semi-konkrit...
seronok melakukan aktiviti secara berkumpulan...
Projek membuat model kenderaan bersama ibubapa:
Projek ini diberikan sempena cuti penggal ke dua yang lalu. Secara tidak langsung, projek ini memberikan peluang kepada ibubapa untuk sama-sama mengajar anak mereka jenis-jenis kenderaan dan bahagiannya. Selain itu juga, projek ini akan dapat memupuk kesedaran murid dan keluarga tentang menggunakan bahan terbuang untuk dikitar semula...
kapal terbang Amirah
feri awangku
Bercerita dan klassifikasi:
Sudah menjadi kebiasaan murid prasekolah di SRLP bercerita sedikit mengenai gambar atau benda yang mereka ada. Dalam aktiviti ini, kad gambar disediakan dan dibahagikan rata kepada semua murid. Mereka kemudian akan menerangkan secara ringkas nama kenderaan serta sedikit info yang mereka tahu mengenai gambar tersebut. Biasanya guru akan turut membantu murid semasa menerangkan. selepas menerangkan, mereka akan membuat pengkelasan jenis kenderaan menikut kumpulan yang betul. jika terdapat kesalahan, murid tersebut akan serta merta dibetulkan bersama.
tekun mendengar...
tidak kekok membantu rakan jika rakannya tidak dapat bercerita mengenai gambar yang ditunjukkan
seronok mendengar rakan bercerita... sekali sekala mereka turut meneka jenis kenderaan yang ditunjukkan
Angkawasan Brunei:
Guru mendapat ilham ini dari Angkawasan pertama melayu kebanggaan kita. walaupun Dr Syed Muzafar bukan rakyat Brunei tapi beliau telah mengangkat nama melayu di mata dunia. Justeru itu, mengenalkan beliau sebagai idola sebagai pencetus impian tinggi adalah suatu yang baik. Mudah-mudahan murid-murid prasekolah 2010 SRLP akan sentiasa berusaha gigih dan tekun dalam pembelajaran mereka hingga ke menara gading. Amin...
diselitkan dengan beberapa gambar angkasawan yang diambil dari google
menyusun hasil kerja mereka sendiri
berbincang untuk menyusun hasilkerja mereka... biar cukup ruang utuk semua orang...
sentiasa membetulkan kesalahan mereka semasa menyusun gambar...
membuat kapal angkasa...
terbanglah... terbanglah... lajulah... lajulah...
tinggi-tinggi tuju angkasa...
ku suka ku mahu... ke awan yang biru...
naiklah kapal angkasaku...
lalalalalalalalalalaaaa...
kapal angkasaku laju...
alalalalalalalalalaaaa...
kapal angkasaku laju...
mempamerkan kerja murid... gantung menggunakan hulahoop yang sudah rosak... kitar semula... hehehe
bangga dengan hasil kerja sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan