Prasekolah Bulan Mei, Tema makanan dan minunan:
Rasa... masak... dan macam-macam lagi...
Sepanjang empat minggu, murid-murid prasekolah di Sekolah Rendah Lubok Pulau telah menjalankan pelbagai aktiviti secara integrasi iaitu dengan menggabungkan beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Memandangkan bulan Mei merupakan tema makanan dan minuman, beberapa aktiviti prasekolah ialah memasak atau membuat eksperimen menggunakan makanan seperti membuat aiskrim milo, memasak waffle, piza dan nasi lemak...
memasukkan mentega
menyukat dan memasukkan tepung gandum... bahan utamanya
murid sentiasa diberikan peluang untuk mencuba melakukan semua proses memasak secara bergilir
murid diberikan peluang memasak sendiri waffel sambil diperhatikan oleh guru
lampiran dan juga senarai resepi yang murid gunakan untuk memasak waffel
Eksperimen membuat aiskrim milo...
mari buat ais milo bersama kami...
masukkan ais ke dalam tin milo yang besar, masukkan tin kecil dan tambah ais pada sekeliling tin milo kecil yang ada di dalam tin besar kemudian tutup. balut dengan tuala untuk seketika...
dalam sekelip mata sahaja... tin milo diselaputi dengan ais... sejukknya...
bungkus semula dengan tuala dan golekkan... hehehe seronoknya!
bungkus semula dengan tuala dan golekkan... hehehe seronoknya!
semua berpeluang menggolek tin
merasa ais yang timbul dipermukaan sekeliling tin, buka dan lihat hasilnya... Aiskrim milo yang sedap!
Piza ada kalsium, karbohaidrat, protien dan vitamin...
buku yang memberikan inspirasi... mari masak piza sosej...
piza sosej... piza sosej...
mari buat piza sosej...
ada sosej...ada keju...
mari makan jangan malu...
simple pizza crust, pakai roti pita kebab sahaja... tekan agar nipis sebelum sapukan sedikit sos tomato...
susun duan bawang, bawang besar, cendawan, lada capsicum...
hiris sosej (*pastikan pisau yang digunakan hanya pusia roti yang tidak tajam, guru perlu mengawas setiap masa)
akhir sekali letakkan sekeping keju cheddar sebelum dibakar di dalam oven... (* terangkan bahaya dan kecederaan yang d=boleh disebabkan jika murid menentuh oven yang panas)
menikmati piza yang mereka buat sendiri... sedap tau...
latihan untuk sains, mengkelassifikasikan bahan piza yang mengandungi protien, karbohaidrat, kalsium dan vitamin...
latihan untuk sains, mengkelassifikasikan bahan piza yang mengandungi protien, karbohaidrat, kalsium dan vitamin...
Nasi lemak... nasi lemak... mari makan nasi lemak...
bercerita mengenai bagaimana padi dihasilkan... menerangkan mengenai cara memasak nasi... bahannya...
satu...dua... tiga.... mula tah memasak.....
cuci beras...
masukkan semula ke dalam periuk elektrik... tunggu sampai masak...
gembira sekali...
latihan murid...
hasil kerja murid...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan