Prasekolah Bulan Mei, Tema makanan dan minunan:
Rasa... masak... dan macam-macam lagi...
Sepanjang empat minggu, murid-murid prasekolah di Sekolah Rendah Lubok Pulau telah menjalankan pelbagai aktiviti secara integrasi iaitu dengan menggabungkan beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Memandangkan bulan Mei merupakan tema makanan dan minuman, beberapa aktiviti prasekolah ialah memasak atau membuat eksperimen menggunakan makanan seperti membuat aiskrim milo, memasak waffle, piza dan nasi lemak...
kami sudah bersedia...
lirik lagu mengenai adab makan
buku ini digunakan adalah untuk mengaitkan bahan yang digunakan memasak waffle iaitu tepung gandum
memecah telur, guru memberi peluang kepada semua murid untuk memecahkan sebiji telur setiap seorang
memasukkan mentega
menyukat dan memasukkan tepung gandum... bahan utamanya
murid sentiasa diberikan peluang untuk mencuba melakukan semua proses memasak secara bergilir
murid memehatikan cara memasak waffel setelah adunan siap untuk dibakar...
murid diberikan peluang memasak sendiri waffel sambil diperhatikan oleh guru
menyapukan sedikit kaya dan mentega kacang pada permukaan waffel yang sudah masak
lampiran dan juga senarai resepi yang murid gunakan untuk memasak waffel
Eksperimen membuat aiskrim milo...
mari buat ais milo bersama kami...
dua tin milo berlainan saiz
ais batu/kiub
masukkan satu paket milo ke dalam balang yang mengandungi 2 kotak susu segar
shake...shake...shake... semua berpeluang
masukkan air milo ke dalam plastik yang dilapis pada tin milo kecil kemudian tutup
masukkan ais ke dalam tin milo yang besar, masukkan tin kecil dan tambah ais pada sekeliling tin milo kecil yang ada di dalam tin besar kemudian tutup. balut dengan tuala untuk seketika...
selang selikan dengan garam halus...
dalam sekelip mata sahaja... tin milo diselaputi dengan ais... sejukknya...
bungkus semula dengan tuala dan golekkan... hehehe seronoknya!
semua berpeluang menggolek tin
merasa ais yang timbul dipermukaan sekeliling tin, buka dan lihat hasilnya... Aiskrim milo yang sedap!
Piza ada kalsium, karbohaidrat, protien dan vitamin...
buku yang memberikan inspirasi... mari masak piza sosej...
piza sosej... piza sosej...
mari buat piza sosej...
ada sosej...ada keju...
mari makan jangan malu...
simple pizza crust, pakai roti pita kebab sahaja... tekan agar nipis sebelum sapukan sedikit sos tomato...
susun duan bawang, bawang besar, cendawan, lada capsicum...
hiris sosej (*pastikan pisau yang digunakan hanya pusia roti yang tidak tajam, guru perlu mengawas setiap masa)
akhir sekali letakkan sekeping keju cheddar sebelum dibakar di dalam oven... (* terangkan bahaya dan kecederaan yang d=boleh disebabkan jika murid menentuh oven yang panas)
memerhatikan proses keju menjadi cair...
berpuas hati dengan piza sosej yang mereka buat sendiri...
menikmati piza yang mereka buat sendiri... sedap tau...
latihan untuk sains, mengkelassifikasikan bahan piza yang mengandungi protien, karbohaidrat, kalsium dan vitamin...
Nasi lemak... nasi lemak... mari makan nasi lemak...
bercerita mengenai bagaimana padi dihasilkan... menerangkan mengenai cara memasak nasi... bahannya...
satu...dua... tiga.... mula tah memasak.....
cuci beras...
menyukat air
masukkan semula ke dalam periuk elektrik... tunggu sampai masak...
nasi baru masak.... sedapnya bau...
gembira sekali...
lirik lagu nasi lemak
latihan murid...
kad gambar yang digunakan
hasil kerja murid...